Monday, February 23, 2009

Khas buat tatapan kaum wanita, janganlah bersedih dan jadilah wanita yang paling bahagia...ikuti kisah2 keharuman wanita dr episod 1 hingga episod terakhir...

Episod 1:
Mawar

Mawar Pertama
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang banyak berstighfar, Maha Pemberi taubat atas sesiapa sahaja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua
Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat

Mawar Ketiga
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu

Mawar Keempat
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun dimuka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Kenam
Jadilah seperti pohon kurma; yang tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapata mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu,mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyaAllah....

Mawar Kesembilan
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mawar Kesepuluh
Mandi, berwudhu', memakai wangi-wangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan...

Amalkan kesepuluh-sepuluh Mawar,nescaya anda semua bakal mengorak langkah menjadi wanita yang paling bahagia...dan tunggu episod seterusnya akan datang....

Wednesday, February 18, 2009

I ni org yg biasa2 sajer..ade kale happy go lucky dan ade kala moody..ermm biasala hidup,perasaan,kelakuan,attitude semuanya mcm roda....ada kala tika seronok,ade diatas,dan ade kala susah sedih dibawah...sentiasa berputar...semua manusia mcmtu..lumrah alam...

;;

Template by:
Free Blog Templates